Persatuan Sains Fizik

2018/2019

 

The Supreme Council and Executive Council (EXCO) of the Physics Society for Academic Session 2018/2019

 

President: Muhammad ‘Izzat bin Mohd Zubir

Vice-President: Muhammad Arif Fahmi bin Mohd Bakri

Secretary-General: Nurul Izati binti Kamarulazman

Secretary (activity): Nur Yusrahani binti Mohd Yusmizam

Treasurer: Aida Salwa binti Abdullah

Deputy Treasurer: Muhammad Eizlan bin Zaidi

Graphics & Multimedia EXCO: Feraaz Ahmad bin Israr Ahmad

Academic EXCO : Nur Farzana binti Mohd Ruzmi

Sports & Recreation EXCO: Vimal a/l Vijaya Kumaran

Human Development EXCO: 1. Muhammad Hasnain Bin Hanapi 2. Amira Nabila binti Yahaya

Major EXCO (Pure Physics): Anis Shafiqah binti Mohd Zuki

Major EXCO (Engineering Physics): Nur Athirah binti Mt Yusaini

Major EXCO (Applied Physics): Muhammad Naim bin Mazlan

Major EXCO (Medical Physics): Nur Syahiirah binti Mohamad Mokhtar

Major EXCO (Geophysics): Nordaniel bin Nordin

Community EXCO (SENTUH): Fatin Nabila binti Rahim

2017/2018

 

The Supreme Council and Executive Council (EXCO) of the Physics Society for Academic Session 2017/2018

 

President: Mohamad Afiq B. Zaki

Vice-President: Arif Muhaimin B. Ariffin Mahidi

Secretary-General: Nurul Ain binti Asmadi

Secretary (activity): Marissa Afnan Rusli

Treasurer: Atikah binti Tahir

Deputy Treasurer: Intan Suraya Bt. Wahid

Graphics & Multimedia EXCO: Nuramirah Syakirah Bt Zaidi

Academic EXCO : Muhammad 'Izzat bin Mohd Zubir

Sports & Recreation EXCO: Kugen A/L Balan

Human Development EXCO: 1. Muhammad Fauzan bin Saharon 2. Nursyifa Husna bt Ismail

Major EXCO (Pure Physics): Khairunsyafiqah binti Mohd Pauzi

Major EXCO (Engineering Physics): Siti Zuleikha binti Ibrahim

Major EXCO (Applied Physics): Gan Yih Loong

Major EXCO (Medical Physics): Nur Afiqah Aimi bt Ibrahim

Major EXCO (Geophysics): Fitri Irfan B. Mohamed Akhir

Community EXCO (SENTUH): Nurul Hamimah bt Abdul Razak

Activities

 PHYSICS COFFEE TALK: THE FUNDAMENTAL CONSTITUENTS OF MATTER

PENGARAH PROJEK : NUR FARZANA BINTI MOHD RUZMI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : FARAH HUSNA BINTI RAMLI
TARIKH : 2 OKTOBER 2018


1
Peserta-peserta program dapat mengetahui lebih mengenai pengenalan kepada asas konstituen. Jirim yang terbahagi kepada dua iaitu lepton dan kuark. Peserta-peserta dapat membezakan jenis-jenis lepton dan kuark dan setiap di antara mereka mempunyai antipartikel yang unik.


BONJOUR LA PHYSIQUE!

PENGARAH PROJEK : AIDA SALWA BINTI ABDULLAH
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : MUHAMMAD ‘IZZAT BIN MOHD ZUBIR
TARIKH : 13 OKTOBER 2018

2 3 4 5

Program yang diberi nama “Bonjour La Physique! ” dengan berlandaskan tema “Success Begins In A Heart” membawakan matlamat yang murni untuk menyatukan dan menguatkan tali ikatan antara setiap pelajar agar pencapaian yang diharapkan oleh pusat pengajian tercapai dengan jayanya. Antara objektif program ini adalah merapatkan jurang antara pelajar lama dan pelajar baharu Pusat Pengajian Sains Fizik dan memecahkan rasa segan silu yang terhasil kerana tidak bergaul sesama rakan yang lain. Walaupun ianya hari interaksi untuk pelajar Tahun 1 sahaja, namun pelajar Tahun 2, 3 dan 4 juga dijemput hadir sebagai fasilitator program. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama pelajar pelajar Pusat Pengajian Sains Fizik.

 

PHYSICS COFFEE TALK: RESEARCH? HOW TO START?

PENGARAH PROJEK : NUR FARZANA BINTI MOHD RUZMI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : FARAH HUSNA BINTI RAMLI
TARIKH : 16 OKTOBER 2018

6

Peserta-peserta program kali ini dapat mempelajari cara-cara untuk memulakan sesuatu kajian mahupun penyelidikan secara terus bersama-sama Dr.Siti Azrah. Pelajar didedahkan dengan cara-cara untuk menulis rujukan, cara-cara untuk menulis laporan data dan sebagainya. Para peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 dapat mengetahui serba sedikit sebagai persediaan untuk projek tahun akhir.

 

NEWTON FAMILY DAY

PENGARAH PROJEK : NORDANIEL BIN NORDIN
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : ISYRAF ZULHILMI BIN ZAIDIN
TARIKH : 20 OKTOBER 2018

7 8 9 

Newton Family Day merupakan program PSF yang meletakkan “Our Bonding Always Atomos Always Be The Strongest ” membawakan matlamat dan objektif yang murni untuk menyatukan dan menguatkan tali ikatan antara setiap pelajar agar pencapaian yang diharapkan oleh pusat pengajian tercapai dengan jayanya (Bahasa Yunani άτομος atau átomos bermaksud "tak terbahagi") .Tak terbahagi dalam satu ikatan yang kuat.Program ini melibatkan keseluruhan mahasiswa sains fizik iaitu tahun 1 hingga tahun 4. Secara konklusinya, program mencapai objektif utama iaitu menguatkan dan tidak terbahagi ikatan mahasiswa sains fizik pada sidang 2018/2019.

 

NOBEL PRIZE TALK: LASER PHYSICS

PENGARAH PROJEK : FAZERA BT FADZIL
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : NURUL IZATI KAMARULAZMAN
TARIKH : 22 OKTOBER 2018

10

Melalui program “Nobel Prize Talk: Laser Physics” ini, PSF menjemput seorang pensyarah yang mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang laser iaitu Dr. Naser Mahmoud Ahmed bagi membincangkan penemuan 3 orang saintis yag telah memenangi Nobel Prize in Physics 2018.

 

COFFEE TALK: SOILS MECHANICS IN GEOPHYSICAL GRAVITY METHOD

PENGARAH PROJEK : NUR FARZANA BINTI MOHD RUZMI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : FARAH HUSNA BINTI RAMLI
TARIKH : 23 OKTOBER 2018

11

Pelajar-pelajar fizik didedahkan dengan lebih mendalam tentang kaedah penyelidikan dalam bidang geofizik melalu perkongsian bersama-sama Dr.Andy. Pada masa yang sama, melalui perkongsian ini dapat menggalakkan lebih ramai pelajar untuk menceburi dalam bidang Geofizik.

 

INFINITI DALAM PERHUBUNGAN

PENGARAH PROJEK : NUR AINA NAJWA BINTI MOHAMAD FERIZA
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : FATIN NABILA BINTI RAHIM
TARIKH : 27 OKTOBER 2018

12 13 14

Pada 27 Oktober 2018 ,Persatuan Sains Fizik telah mengadakan program khidmat masyarakat bersama warga emas di Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang. Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti program ini. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Mahasiswa dapat membantu masyarakat luar tidak kira dari segi wang, tenaga serta bertukar pandangan.

 

PHYSIKGENIE 1.0

PENGARAH PROJEK : MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN MOHD BAKRI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : NUR FARZANA BINTI MOHD RUZMI
TARIKH : 21 NOVEMBER 2018

15 16 17

Physikgenie 1.0 merupakan sebuah pertandingan yang menguji tahap kefahaman para pelajar Pusat Pengajian Sains Fizik. Pertandingan ini menggunakan bantuan aplikasi pembelajaran atas talian, Kahoot.com. Para peserta harus menjawab soalan - soalan fizik dari pelbagai ‘major’ seperti geologi, astronomi, kejuruteraan, optik, perubatan dan tulen. Pertandingan ini disertai oleh 20 orang peserta.

 

MUSOLLA TOUR

PENGARAH PROJEK : ALIFAH ILYANA BINTI ROSLAN
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : AMIRA NABILA BINTI YAHAYA
TARIKH : 24 NOVEMBER 2018

18 19 20 21

Pada 24 November 2018, Pusat Pengajian Sains Fizik dengan kerjasama Persatuan Sains Fizik telah mengadakan program gotong royong yang bertemakan "Purity and Clarity" di Surau Al Hidayah Bukit Jambul. Seramai 17 orang pelajar telah mengikuti program ini, Pada hari kejadian, para pelajar telah diberi tugasan untuk membersihkan kawasan surau seperti tandas, bahagian dalam dan luar surau. Perjalanan program ini berjalan dengan lancar dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

CAMPUS WALK 1.0

PENGARAH PROJEK : ANIS SHAFIQAH BINTI MOHD ZUKI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : NORDANIEL BIN NORDIN
TARIKH : 27 NOVEMBER 2018

22 23 24

Campus Walk merupakan salah satu program bersiri yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Fizik dibawah kerjasama Pusat Pengajian Sains Fizik. Program ini berlangsung sekali setiap bulan. Campus walk merupakan salah satu aktiviti yang mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan keluarga Pusat Pengajian Sains Fizik. Penganjuran program ini juga merupakan salah satu wadah untuk memupuk satu amalan gaya hidup sihat bagi pelajar-pelajar serta staf -staf Pusat Pengajian Sains Fizik. Aktiviti -aktiviti yang dijalankan semasa campuswalk adalah bagi menghasilkan satu amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti yang menyeronokkan. Antara pengisian dalam campuswalk ini meliputi berjalan kaki sekitar kawasan USM mengikut jalan yang telah ditetapkan. Para pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan dan
informasi mengenai persekitaran universiti.

 

MEDICAL PHYSICS DAY

PENGARAH PROJEK : NUR SYAHIIRAH BINTI MOHAMAD MOKHTAR
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : AMIRA NABILA BINTI YAHAYA
TARIKH : 28 NOVEMBER 2018

25 26 27

Program Medical Physics Day merupakan program yang dijalankan untuk meningkatkan pemahaman tentang kursus fizik perubatan. Pogram ini dijalankan dengan menyasarkan kepada pelajar-pelajar fizik terutamanya fizik perubatan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu pelajar-pelajar untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang kaitan fizik dalam dunia perubatan. Program ini menyediakan satu sesi 'talk' atau ceramah yang disampaikan oleh pakar fizik perubatan daripada General Hospital Pulau Pinang dan juga Gleneagles Hospital. Seterusnya program ini juga menjalankan sesi pameran yang diwakili oleh beberapa kumpulan pelajar tahun 3 fizik perubatan yang mempamerkan tentang projek mereka. Justeru, tujuan asas program ini dijalankan adalah untuk mencungkil maklumat tentang kaitan fizik dalam dunia perubatan dan pekerjaan.

 

GOTONG-ROYONG PERDANA

PENGARAH PROJEK : MOHD NOOR FAREZ BIN ROSLI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : NURANIS LIYANA BINTI MUHAMAD BURHAN
TARIKH : 1 DECEMBER 2018

28 29 31 32

Aktiviti gotong-royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan silaturrahim antara pelajar. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini, pusat pengajian kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.

 

ALL-STAR KARNIVAL SUKAN FIZIK

PENGARAH PROJEK : KALIRAJ A/L PACHIAPPAN@ARASSU
TIMBALAN PENGARAH PROJEK 1 : MUHAMMAD AMAR BIN KHAIRUDDIN
TIMBALAN PENGARAH PROJEK 2 : MUHAMMAD DANISH DARWISH BIN FAKHRUL AQBAL
TARIKH : 8 DISEMBER 2018

33 34 35 36

All-Star Karnival Sukan Fizik merupakan sebuah pertandingan sukan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Fizik untuk semua pelajar USM. Sukan ini merangkumi futsal, badminton dan bola baling. Karnival ini disertai oleh 150 pelajar dalam beberapa kategori. Karnival ini berobjekfif untuk mengukuhkan keaktifan diri pelajar sebelum peperiksaan dan juga untuk mengeratkan silaturrahim.

 

SECEBIS KASIH, SEJUTA HARAPAN

PENGARAH PROJEK : FATIN SYAMIMI BINTI AHMAD FAUZI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : NURSHAHIDA BINTI MOHAMAD SHARIF
TARIKH : 14 DISEMBER 2018

37

Pada 4 Disember 2018, Persatuan Sains Fizik telah menjalankan satu program gelandangan di sekitar Georgetown yang disertai oleh pelajar tahun satu, tahun dua dan tahun tiga. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang golongan gelandangan yang ada dan membantu golongan ini dengan cara memberi makanan dan minuman serta barang keperluan. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan matlamat program juga tercapai.

 

MAHASISWA PRIHATIN

PENGARAH PROJEK : FATIN NABILA BINTI RAHIM
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : NURIZZAH LIYANA BINTI MAHMAD HIZANI
TARIKH : 16 DISEMBER 2018

38

Program anjuran KESUREF dengan kerjasama PSF. Berlangsung di Maahad Tahfiz Muhammadiah Kulim pada 16 Disember 2018. Tujuan utama program adalah gotong-royong membersihkan Maahad Tahfiz dan kawasan sekeliling serta menaik taraf keperluan pelajar di sana. Program ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan staf, pensyarah dan pelajar PPSF dan juga PTJ lain di USM. Program seperti ini dapat menyedarkan kita semua bahawa masih ada lagi segelintir masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan supaya hidup mereka sejajar dengan pembangunan negara.

 

CAMPUS WALK 2.0

PENGARAH PROJEK : ANIS SHAFIQAH BINTI MOHD ZUKI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK : NURUL SYAZWANI BINTI SAKERI
TARIKH : 18 DISEMBER 2018

39 40 41

Campus Walk 2.0 merupakan siri kedua program ini dan mempunyai objektif yang sama dengan siri yang sebelumnya iaitu untuk melahirkan pelajar yang cergas dan aktif. Program ini dilakukan mengikut jalan dan destinasi yang berbeza daripada siri pertama.