School of Physics - Universiti Sains Malaysia

Pameran Mobile Planetarium dan Informasi Pendidikan

4 Mac 2023 - Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera (UPIFSA), Pusat Pengajian Sains Fizik telah dijemput khas untuk mengadakan Pameran Mobile Planetarium dan Informasi Pendidikan di Majlis Perkahwinan anak kepada Pensyarah Matrikulasi Pulau Pinang iaitu Puan Halimah binti Khalil. Jemputan untuk membuat pameran Astronomi di majlis perkahwinan adalah pertama kali dilakukan. Oleh itu, pihak UPIFSA amatlah berbesar hati dengan tujuan jemputan ini iaitu adalah salah satu usaha untuk mempromosikan, mempopularkan dan memasyarakatkan ilmu Astronomi ini agar lebih dekat dihati masyarakat. Aktiviti ini melibatkan dua orang pensyarah iaitu Dr. Nur Azwin Ismail dan Dr. Idahwati Sarudin beserta penglibatan empat orang staf sokongan (Encik Jasnisuhardi Abdul Manab, Encik Abdul Nassier Abdul Rahim, Encik Jamil Zakaria dan Encik Shahil Ahmad Khosaini) bagi menjayakan program ini. Dr. Idahwati telah melibatkan seorang pelajar dibawah seliaan beliau iaitu, Cik Irdina Maisarah Mohd Zamri untuk bersama-sama membantu dalam pengelolaan program ini. Tetamu yang hadir ke majlis berkenaan di pelbagai peringkat umur tidak melepaskan peluang untuk memasuki mobile planetarium ini dan sangat teruja dengan perkongsian dan aktiviti yang disediakan.

Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera (UPIFSA), School of Physics was specially invited to hold a Mobile Planetarium and Educational Information Exhibition at the Wedding Ceremony of the daughter of the Penang Matriculation Lecturer, Puan Halimah binti Khalil. The invitation to make an Astronomy exhibition at a wedding was the first time. Therefore, the UPIFSA is very pleased with the purpose of this invitation, which is one of the efforts to promote, popularize the knowledge of Astronomy so that it is closer to the hearts of the people. This activity involves two lecturers namely Dr. Nur Azwin Ismail and Dr. Idahwati Sarudin along with the involvement of four support staff (Encik Jasnisuhardi Abdul Manab, Encik Abdul Nassier Abdul Rahim, Encik Jamil Zakaria and Encik Shahil Ahmad Khosaini) to make this program a success. Dr. Idahwati has involved a student under her supervision, Ms. Irdina Maisarah Mohd Zamri to jointly help in the management of this program. Guests who attended the event at various ages did not miss the opportunity to enter this mobile planetarium and were very excited about the sharing and activities provided.

Pameran Mobile Planetarium dan Informasi 1

Pameran Mobile Planetarium dan Informasi 2

Pameran Mobile Planetarium dan Informasi 3

Pameran Mobile Planetarium dan Informasi 4

Pameran Mobile Planetarium dan Informasi 5

 

 

The Dean, School of Physics,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang, Malaysia

Tel : 604 653 3200  |  Fax: 604 657 9150  |   Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |