School of Physics - Universiti Sains Malaysia

Lawatan Daripada Pelajar UPSI

31 Mei 2023 - Pusat Pengajian Sains Fizik (PPSF) telah menerima lawatan daripada 100 orang pelajar kursus Termodinamik yang diiringi oleh 2 orang staf akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan terhadap persekitaran dan kelengkapan makmal penyelidikan yang ada di PPSF. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi informasi kepada para pelajar berkenaan peluang untuk menyambung pengajian di PPSF. Antara makmal yang dilawati adalah Makmal Penyelidikan Nano-Optoelektronik (NOR Lab), Makmal Kristalografi Sinar-X, Makmal Fizik Kejuruteraan dan Makmal Fizik Perubatan.

Kredit gambar: Encik Mohd Noor Fakarruddin Bin Abdullah

OPA 0094

OPA 0059

OPA 0089

OPA 0101

OPA 0103

OPA 0105

OPA 0115

OPA 0117

The Dean, School of Physics,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang, Malaysia

Tel : 604 653 3200  |  Fax: 604 657 9150  |   Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |