School of Physics - Universiti Sains Malaysia

Pelajar Cemerlang Dirai Dalam Majlis Anugerah Akademik Pelajar Pusat Pengajian Sains Fizik Sidang Akademik 2022/2023

Universiti Sains Malaysia 23 Januari 2024- Pusat Pengajian Sains Fizik meneruskan tradisi merai pelajar-pelajar cemerlang seperti amalan sebelum ini. Majlis Anugerah Akademik Pelajar Sidang Akademik 2022/2023 telah diadakan di Dewan Pembangunan Siswa 1 (DPS 1) Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA). Kali terakhir majlis anugerah kecemerlangan diadakan ialah pada tahun 2019 tetapi dihentikan akibat penularan Covid-19.

WhatsApp Image 2024 01 24 at 12.02.20

 

OPA 9657


Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Abdul Razak Ibrahim, Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik. Dalam majlis anugerah kali ini seramai 105 orang pelajar tahun 1 hingga tahun 4 telah menerima Anugerah Sijil Dekan. Selain itu seramai tiga orang pelajar telah menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Peringkat Universiti Sains Malaysia iaitu Keng Qing Leyan yang menerima Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia kepada pelajar tahun akhir terbaik dalam bidang Fizik Perubatan, Mohd. Fikri Bin Jubidi menerima Hadiah Buku Universiti Sains Malaysia kepada pelajar tahun akhir terbaik dalam bidang Fizik Gunaan dan Yeoh Jocelyn yang menerima Hadiah Kepujian - Sains Fizik Tahun IV. Selain itu tiga orang pelajar juga turut menerima Sijil Kepujian USM iaitu Lim Tze Xuan (Sains Fizik Tahun I), Yap Yuan Sen Sains (Fizik Tahun II) dan Yeo Zhong Lin Sains (Fizik Tahun III).
Profesor Dr. Abdul Razak dalam ucapan aluannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah kecemerlangan pada kali ini. Menurutnya sekarang semakin ramai pelajar yang mendapat anugerah cemerlang berbanding dahulu. Katanya lagi persaingan untuk mendapatkan pekerjaan juga semakin sukar kerana peluang pekerjaan semakin sedikit berbanding pencari kerja yang semakin ramai. Cemerlang dalam bidang akademik adalah penting untuk masa depan, oleh itu selain pintar dalam akademik pelajar juga seharusnya mengasah bakat dalam komunikasi kerana ia penting apabila melangkah ke alam pekerjaan, ujarnya lagi.

WhatsApp Image 2024 01 24 at 12.02.21 1

WhatsApp Image 2024 01 24 at 12.02.20 1


Sebelum mengakhiri ucapan, Profesor Dr. Abdul Razak juga menyeru agar mereka juga tidak melupakan rakan-rakan yang lain dengan membantu dalam mencapai kecemerlangan akademik. Menurutnya terdapat pelajar yang tidak tahu cara membahagi masa, ada yang terlalu obses dalam permainan secara maya dan tumpuan dalam pasukan beruniform sehingga menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.

 

WhatsApp Image 2024 01 24 at 12.02.21


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Profesor Madya Dr. Iskandar Shahrim Mustafa, Timbalan Dekan Akademik,Kerjaya dan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Azhar Abdul Rahman, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libat sama Komuniti, Pengersi-Pengerusi Rancangan, para pensyarah, staf pentadbiran dan makmal.

WhatsApp Image 2024 01 24 at 12.02.22

Teks: Encik Zamzami Bin Rasidi
Foto: Encik Mohd Noor Fakarruddin Bin Abdullah

The Dean, School of Physics,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang, Malaysia

Tel : 604 653 3200  |  Fax: 604 657 9150  |   Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |