CHARACTERIZATION OF NORMOXIC POLYMER GELS
ABSTRACT
Polymer gel dosimeters have been used for authentication or verification of three-dimensional dose distribution for radiotherapy treatment. This study focused on the characterization of the polymerization process of the polyacrylamide and polymethacrylic acid. Both types of gels were developed based on the mix of ingredients that have suggested and used by several researchers before.
Samples of the gel will be irradiated by two different types of X-Rays. Diagnostic X-Ray machine is used as the source of low-energy X-Ray and the linear accelerator (LINAC) is used as a source of high-energy X-rays.
For methacrylic acid polymer gel, the peak of the Raman spectrum is studied at 801 cm-1, 1639 cm-1 and 3114 cm-1 for the observation of the monomer consumption rate during the polymerization process. To see the rate of polymer bonds formed, the area under study is at 1451 cm-1. While for Acrylamide, the focus is on the 1126 cm-1, 1450 cm-1 and 2936 cm-1 for the formation of polymer bonds. While to study the utilization of monomers, the studied areas are 1256 cm-1 and 1285 cm-1. Results showed that the rate of consumption of monomer transformed into polymer is increased proportional to the dose. Total monomer used in the sample also plays an important role in influencing the rate of polymerization in which the greater number of monomers used the rate of polymerization increases as well as the amount of the bond. The analysis using UV-visible shows polymer formed are more likely to absorb light from UV rays than visible light. The absorption by the sample with the highest polymerization proce
PENCIRIAN GEL POLIMER NORMOXIC
ABSTRAK
Dosimeter gel polimer didapati boleh digunakan bagi membuat pengesahan atau verifikasi penyerakan dos dalam bentuk tiga dimensi untuk rawatan radioterapi. Kajian ini bertumpu pada pencirian proses polimerisasi bagi gel polimer poliakrilamid dan poli-asid metakrilik. Kedua-dua jenis gel ini dibangunkan berdasarkan ramuan bancuhan yang pernah diaju dan digunakan oleh beberapa penyelidik sebelum ini.
Sampel gel yang telah siap dibancuh akan disinarkan oleh dua jenis Sinar X yang berbeza. Mesin Sinar X diagnostik digunakan bagi sumber Sinar X bertenaga rendah manakala mesin pemecut linear (LINAC) digunakan sebagai sumber Sinar X bertenaga tinggi.
Bagi gel polimer asid metakrilik, kawasan puncak yang dikaji pada spektrum Raman adalah 801 cm-1, 1639 cm-1 dan 3114 cm-1 bagi mengkaji kadar penggunaan monomer semasa proses polimerisasi. Bagi melihat kadar ikatan polimer yang terbentuk pula, kawasan yang dikaji adalah pada 1451 cm-1. Bagi akrilamid pula, kawasan tumpuan adalah pada 1126 cm-1, 1450 cm-1 dan 2936 cm-1 bagi pembentukan ikatan polimer. Manakala untuk mengkaji penggunaan monomer kawasan yang dikaji adalah 1256 cm-1 dan 1285 cm-1. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kadar penggunaan monomer yang ditukar kepada polimer adalah meningkat berkadar dengan nilai dos. Jumlah monomer yang diletak ke dalam sampel juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kadar polimerisasi di mana lebih banyak jumlah monomer yang digunakan, kadar polimerisasi meningkat dan jumlah ikatan polimer bertambah. Hasil analisis menggunakan UV-cahaya nampak menunjukkan polymer yang terbentuk lebih cenderung untuk menyerap cahaya dari sinaran UV berbanding cahaya nampak. Kadar penyerapan menunjukkan sampel yang melalui proses polimerisasi tertinggi akan menyerap cahaya dengan lebih aktif. Ini mengesahkan hasil dapatan yang dikaji menggunakan spektroskopi Raman.
- Hits: 2949