Kerja Lapangan Tahunan Geofizik (ZGT 295)
12 - 14 Mei 2024 - Lapangan tahunan Geofizik bagi kursus ZGT 295 telah dijalankan pada 12-14 Mei 2024 di Kampung Iboi, Baling, Kedah. Pemprosesan data dan viva-voce telah dijalankan di dalam kampus (15-17 Mei 2024). Para pelajar yang mengikuti aktiviti tahunan ini adalah salah satu komponen aktiviti dalam penilaian bagi kursus ZGT 295. Kesemua pelajar Tahun 2, staff akademik (geofizik) dan staff makmal geofizik terlibat dalam menjayakan aktiviti taunan ini. Terima kasih diucapkan kepada Dekan, Pusat Pengajian Sains Fizik, USM di atas kelulusan yang diberikan. Terima kasih juga kepada para penduduk Kampung Iboi, Kedah dan Polis Diraja Malaysia di atas kerjasama yang diberikan.
- Hits: 750