School of Physics - Universiti Sains Malaysia

USMAPEX v  PNG

Kursus Perisian PaleoScan Tingkatkan Kemahiran Bidang Geofizik

USM PULAU PINANG, 13 Ogos 2024 – Program Geofizik di bawah Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama syarikat peneraju global dalam perisian interpretasi seismik, Ellis Sdn. Bhd., telah menganjurkan kursus intensif selama tiga hari dari 6 hingga 8 Ogos 2024 bagi melatih peserta menggunakan perisian PaleoScan.

Pic 03

Kursus ini menarik penyertaan seramai 12 orang, termasuk lima pensyarah dan tujuh pelajar sarjana kedoktoran.

Pic 02

Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, dan Libatsama Industri Komuniti, Profesor Madya Dr. Azhar Abdul Rahman dengan kehadiran tiga Geosaintis Kanan syarikat Ellis sebagai tetamu kehormat iaitu Nor Azhar Ibrahim, Sapinah Saleh, dan Ahmad Ridhwan Abd Rahim.

Kerjasama ini dirintis oleh dua pensyarah Geofizik – Dr. Joseph Gnapragasan dan Pengerusi Rancangan, Dr. Andy Anderson Bery, yang juga bertindak sebagai fasilitator sepanjang kursus berlangsung.

Pic 04

 

Pic 08

Menurut Andy, objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan perisian PaleoScan, yang merupakan alat penting dalam pengajaran dan penyelidikan berkaitan geofizik.

“Melalui penggunaan perisian ini, peserta dapat mempelajari teknik-teknik interpretasi seismik yang canggih serta memahami konsep Model Relative Geological Time (RGT) yang dicipta oleh Ellis Sdn. Bhd.”

Menurutnya lagi, syarikat ini turut menyumbangkan lima lesen perisian PaleoScan bernilai RM3.58 juta kepada USM sebagai sokongan kepada usaha memajukan penyelidikan dan pendidikan di universiti.

Pic 08

“Sumbangan ini dijangka memberi manfaat besar kepada USM, terutamanya dalam memperkukuhkan lagi kualiti pengajaran dan penyelidikan geofizik yang ditawarkan di peringkat antarabangsa,” tambah Andy. 

Beliau turut berkata, “Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen USM untuk terus mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG-17) yang menitikberatkan kerjasama antara institusi pendidikan dan pemain industri dalam mencapai matlamat bersama.”

Sumber: Dr. Andy Anderson Bery, Pusat Pengajian Sains Fizik, USM/Teks: Shafinaz Md Ismail/Foto: Pusat Pengajian Sains Fizik

 

  • Hits: 224
The Dean, School of Physics,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang, Malaysia

Tel : 604 653 3200  |  Fax: 604 657 9150  |   Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |

  • Last Modified:
    Tuesday 15 October 2024, 02:06:46.