Skip to main content

School of Physics - Universiti Sains Malaysia

USMAPEX v  PNG

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Semester 1, Sidang Akademik 2024/2025

18 Jun 2025 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Semester 1 Sidang Akademik 2024/2025 anjuran Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung dengan lancar di Dewan Pembangunan Siswa 1 (DPS 1), KOMCA. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.00 petang ini menyaksikan seramai 42 pelajar hadir daripada 71 penerima Sijil Dekan. Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan pelajar cemerlang, menghargai usaha gigih mereka serta memberi inspirasi untuk terus maju. Dalam ucapan alu-aluan, pihak pengurusan menekankan kecemerlangan akademik bukan sekadar gred tinggi, tetapi melibatkan disiplin, ketahanan diri, dan pembentukan sahsiah. Ucapan penghargaan turut diberikan kepada para pensyarah, ibu bapa, dan penjaga atas sokongan mereka. Pelajar diingatkan untuk menjadikan kejayaan ini sebagai motivasi untuk terus berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya menerima pengiktirafan ini. Kejayaan anda adalah bukti usaha, dedikasi, dan semangat tidak mudah menyerah kalah yang membuahkan hasil. Anda telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dengan kesungguhan. Bagi yang kurang berjaya kali ini, jangan berputus asa. Jadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk bangkit dan terus berusaha mencapai impian. Kejayaan adalah perjalanan yang memerlukan kesabaran dan ketabahan, dan setiap langkah kecil ke arah kecemerlangan adalah sebuah kemenangan.

Majlis ini menutup tirai dengan penuh makna sebagai simbol harapan untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang dan berintegriti, seterusnya mengangkat nama universiti di persada dunia. Sama-sama kita semarakkan semangat kecemerlangan!

 20250618_151239.jpg  20250618_1513140.jpg

509395488_1177374550860407_3363375688490537318_n.jpg  20250618_151110.jpg

509432304_1177375570860305_7594015533043525369_n.jpg  502581514_1177375574193638_7302649775900030536_n.jpg

  • Hits: 333