Lawatan Penanda Aras oleh Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt)
Selasa, 8 Julai 2025 – Pusat Pengajian Sains Fizik (PPSF), Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan seramai 23 orang pensyarah Fizik dari Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt), diketuai oleh En. Rizaudin Abd Rashid selaku Ketua Unit Fizik KMKt, dalam satu sesi lawatan penanda aras yang berlangsung pada sebelah pagi.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan dan perkongsian berkaitan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) Fizik serta inovasi digital yang dilaksanakan di PPSF. Sesi dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mahadi Halim selaku penyelaras bersama lawatan, diikuti dua perkongsian utama oleh pensyarah PPSF. Dr. Afiq Arif Aminuddin Jafry berkongsi mengenai penggunaan alat bantu mengajar interaktif seperti PhET dan GeoGebra, manakala Dr. Nurhafizah Md Disa mengetengahkan penggunaan Google Form dan Padlet dalam pendekatan Prediction Problem-Based Learning (PPBL).
Selepas sesi perkongsian, para peserta dibawa mengikuti lawatan ke beberapa makmal PPSF oleh Dr. Wan Mohamad Husni Wan Mokhtar yang juga penyelaras bersama lawatan. Para peserta dibawa melawat ke tiga lokasi berbeza iaitu:
• Makmal NOR, taklimat di lokasi dikendalikan oleh Dr. Siti Khadijah Mohd Bakhori,
• Makmal Biofizik, taklimat di lokasi dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Nursakinah Suardi, En. Yushamdan Yusof dan Pn. Haslinda Musa,
• Bengkel Kejuruteraan, taklimat di lokasi dikendalikan oleh Dr. Beh Khi Poay, En. Mohd Noor Fakarruddin Abdullah dan En. Abdul Razak Noh @ Che Ngah.
PPSF merakamkan penghargaan kepada pihak KMKt atas kesudian menjalin jalinan perkongsian ilmu dan berharap hubungan ini dapat diteruskan demi kecemerlangan pendidikan Fizik di kedua-dua institusi.





- Hits: 219
