Skip to main content

School of Physics - Universiti Sains Malaysia

USMAPEX v  PNG

Geophysics Fieldcamp 2025

22–26 June 2025 - Geophysics Fieldcamp 2025 was successfully conducted at Bukit Jawa, Lenggong, Perak—an important open-air archaeological site known for its Paleolithic heritage. This field camp was part of the ZGT295 – Geophysics Practical course and involved 26 second-year undergraduate students from the Geophysics Program, accompanied by 9 geophysics lecturers and 4 assistant science officers. The camp also welcomed three students from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), fostering a collaborative and enriching learning environment. Organized in collaboration with the Centre for Global Archaeological Research (CGAR) and Global GeoExperts Sdn Bhd, this program aimed to provide hands-on experience with various geophysical methods and to map ancient river gravel deposits linked to early human activity. Activities included drone magnetic survey demonstrations, electrical methods (2D resistivity and induced polarization), ground penetrating radar (GPR), and seismic refraction. Students collected geophysical data during the day and processed and interpreted the results at night, culminating in a report submission. The field camp provided invaluable practical exposure, strengthened technical skills, and was thoroughly enjoyed by all participants.

22 - 26 Jun 2025. Kerja Lapangan Tahunan Geofizik 2025 telah berjaya dijalankan di Bukit Jawa, Lenggong, Perak—sebuah tapak arkeologi terbuka yang penting dan terkenal dengan warisan Paleolitiknya. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada komponen kursus ZGT295 – Amali Geofizik dan melibatkan 26 pelajar Tahun 2 Program Geofizik, bersama 9 pensyarah geofizik dan 4 penolong pegawai sains. Tiga orang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menyertai aktiviti ini, menjadikan suasana pembelajaran lebih kolaboratif dan bermakna. Dianjurkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (CGAR) dan Global GeoExperts Sdn Bhd, aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan amali pelbagai kaedah geofizik serta memetakan lapisan kelikir sungai purba yang berkait dengan aktiviti manusia awal. Aktiviti meliputi demonstrasi kajian magnetik menggunakan dron, kaedah elektrik (keberintangan 2D dan polarisasi teraruh), radar penusukan bumi (GPR), dan seismik biasan. Pelajar mengumpul data geofizik pada waktu siang dan menjalankan pemprosesan serta interpretasi data pada waktu malam, diakhiri dengan penghantaran laporan. Aktiviti ini memberikan pengalaman praktikal yang amat berharga, memperkukuh kemahiran teknikal, dan amat menyeronokkan bagi semua pelajar.