Skip to main content

School of Physics - Universiti Sains Malaysia

USMAPEX v  PNG

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNIT PENYELIDIKAN ILMU FALAK DAN SAINS ATMOSFERA (UPIFSA), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pada 17 Julai 2025 (Khamis), seramai 30 orang murid cemerlang bersama 6 orang guru dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah telah menyertai satu lawatan pendidikan ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang pendidikan dan penyelidikan dalam bidang astronomi, di samping memberi inspirasi serta memupuk minat terhadap kerjaya astrofizik.Lawatan ini juga merupakan satu bentuk ganjaran dan apresiasi kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Program bermula pada jam 3.00 petang dan dikendalikan oleh tiga orang pensyarah USM yang berpengalaman dalam bidang astronomi dan astrofizik:

1. Dr. Nur Azwin Ismail – Astronomy in USM
2. Dr. Idahwati Sarudin – Becoming an Astrophysicist
3. Dr. John Soo – Astrophysicists in Malaysia: Roles and ChallengesProgram ini telah memberi pendedahan awal yang sangat bermakna kepada para pelajar serta membangkitkan semangat ingin tahu mereka terhadap alam semesta dan kerjaya dalam bidang sains angkasa.

WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.27_PM_anonymous.jpeg WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.28_PM_2_anonymous.jpeg

WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.28_PM_1_anonymous.jpeg WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.29_PM_1_anonymous.jpeg

 WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.29_PM_2_anonymous.jpeg WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.30_PM_1_anonymous.jpeg

 WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.29_PM_anonymous.jpeg WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.30_PM_anonymous.jpeg

WhatsApp_Image_2025-08-08_at_7.06.28_PM_anonymous.jpeg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Hits: 218