Skip to main content

School of Physics - Universiti Sains Malaysia

USMAPEX v  PNG

Lawatan Rasmi Pegawai Sains Fizik (Zon Utara), Kementerian Kesihatan Malaysia

USM, PULAU PINANG, 8 April 2026 – Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lawatan rasmi daripada Pegawai Sains Fizik (Zon Utara), Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lawatan delegasi yang diketuai oleh Encik Zainudin Bin Yasak @ Yusof, selaku Ketua Profesion Pegawai Sains (Fizik) KKM ini disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Azhar Abdul Rahman, Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik USM.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan baik sedia ada antara Pusat Pengajian Sains Fizik dan Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dalam bidang Sains Fizik Perubatan dan Sains Sinaran.

Dalam ucapan alu-aluannya, Prof. Madya Dr. Azhar Abdul Rahman menzahirkan penghargaan di atas kesudian pihak KKM untuk turun padang melihat sendiri perkembangan akademik dan kemudahan di USM.

"Kehadiran pihak Pegawai Sains Fizik (Zon Utara) Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu hari ini amat bermakna dalam memastikan program-program yang kami tawarkan di Pusat Pengajian Sains Fizik USM sentiasa selari dan relevan dengan keperluan industri serta mencapai standard kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," ujar beliau.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah:

  1. Penyelarasan Profesionalisme: Memastikan graduan Sains Fizik khususnya Fizik Perubatan dan Sains Sinaran memenuhi kriteria kompetensi yang diperlukan oleh sektor kesihatan awam.
  1. Latihan Klinikal: Memperluas peluang kolaborasi bagi penempatan pelajar di hospital-hospital dan kemudahan di bawah seliaan KKM.
  1. Inovasi dan Penyelidikan: Perkongsian kepakaran dalam aspek keselamatan radiasi, dosimetri, dan teknologi perubatan terkini.
  1. Hubungan Kerjasama Inter Agensi: Mewujudkan platform komunikasi dua hala yang mampan antara Pegawai Sains Fizik dan pihak Universiti bagi tujuan perkongsian data, kepakaran dan sumber teknikal.
  1. Kolaborasi Teknikal: Meneroka peluang kerjasama dalam projek penyelidikan, latihan sangkutan atau khidmat nasihat pakar yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Prof. Madya Dr. Azhar juga turut mengiringi Encik Zainudin dan delegasi KKM untuk melawat tiga (3) makmal utama di Pusat Pengajian Sains Fizik, iaitu Makmal Biofizik, Makmal Fizik Perubatan dan Makmal NOR.

Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Fairuz Omar (Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi & Libatsama Industri-Komuniti), Prof. Madya Dr. Nurul Zahirah Noor Azman (Ketua Kumpulan Penyelidik Fizik Perubatan dan Sains Sinaran) dan Encik Muhammad Syukri Sa’adon, Penolong Pendaftar Kanan.

Pusat Pengajian Sains Fizik juga mengalu-alukan kehadiran ahli delegasi KKM seperti berikut:

  • Encik Mohd Hizwan Bin Mohd Yahya
    Ketua Unit
    Unit Perlindungan Sinaran
    Hospital Pulau Pinang
  • Puan Noor Zaimah Binti Zainol Abidin
    Ketua Unit
    Unit Perlindungan Sinaran
    Hospital Seberang Jaya
  • Encik Mohd Hilmi Bin Md Hizir
    Pegawai Sains
    Jabatan Radioterapi
    Hospital Pulau Pinang
  • Encik Mohammad Nazreen Bin Hashim
    Pegawai Sains
    Jabatan Perubatan Nuklear
    Hospital Pulau Pinang
  • Puan Nabila Farhanah Binti Bakri
    Pegawai Sains
    Jabatan Radiologi
    Hospital Pulau Pinang
  • Nur Dalilah Binti Johari
    Pegawai Sains
    Jabatan Radiologi
    Hospital Pulau Pinang


Disediakan oleh          : Muhammad Syukri Sa’adon
Disemak oleh              : Prof. Madya Dr. Azhar Abdul Rahman

  • Hits: 70