Pusat Pengajian Sains Fizik Menerima Penarafan 5 Daun Dalam Audit Kelestarian Pejabat Hijau USM 2026
PULAU PINANG, 11 NOVEMBER 2026 – Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya memperoleh Penarafan 5 Daun berdasarkan Audit Kelestarian Pejabat Hijau USM 2026 yang telah dilaksanakan pada 11 November 2026.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen dan usaha berterusan Pusat Pengajian Sains Fizik dalam mengamalkan budaya kerja lestari serta menerapkan amalan mesra alam dalam pengurusan dan operasi pejabat.
Pencapaian ini juga mencerminkan komitmen seluruh warga Pusat Pengajian Sains Fizik dalam menyokong agenda kelestarian Universiti melalui pengurusan sumber secara berhemah, penjagaan alam sekitar dan pembudayaan amalan hijau di tempat kerja.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Pusat Pengajian Sains Fizik atas pencapaian membanggakan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh amalan kelestarian ke arah persekitaran kerja yang lebih hijau dan mampan.