PENERIMA HADIAH PINGAT EMAS DAN HADIAH BUKU PUSAT PENGAJIAN SAINS FIZIK, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SEMPENA UPACARA KONVOKESYEN USM KE-64
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah berjaya menerima Hadiah Pingat Emas dan Hadiah Buku sempena Upacara Konvokesyen USM Ke-64.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap pencapaian akademik yang cemerlang, dedikasi, usaha gigih serta komitmen tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh pengajian.
Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan diri sendiri, malah turut mengharumkan nama keluarga, para pensyarah dan seluruh warga Pusat Pengajian Sains Fizik.
Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan dan mencapai kecemerlangan dalam perjalanan kerjaya serta kehidupan pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah! Teruskan melangkah dengan penuh inspirasi dan kecemerlangan.
Ikhlas daripada,
Dekan, barisan pengurusan akademik dan seluruh warga Pusat Pengajian Sains Fizik, USM.
#USM #KonvokesyenUSM64 #SchoolOfPhysicsUSM #KecemerlanganAkademik #HadiahPingatEmas #HadiahBuku #ProudUSM








