Program Lestari Pelajar Pra-Universiti USM Sidang Akademik 2018/19
Pada 14 Ogos 2018 Pusat Pengajian Sains Fizik (PPSF), Universiti Sains Malaysia telah menerima lawatan daripada seramai 203 orang pelajar Pra-Universiti dari Kolej MARA Kulim. Jadual lawatan dibahagikan kepada 3 sesi. Dalam setiap sesi pelajar telah dibawa melawat ke beberapa makmal penyelidikan yan terdapat di PPSF. Makmal yang terlibat adalah Makmal Penyelidikan & Teknologi Nano-Optoelektronik (NOR Lab), Makmal Fizik Perubatan dan Makmal Geofizik. Selepas itu semua pelajar dikumpulkan di Bilik Persidangan bagi sesi taklimat daripada Pengerusi Rancangan berkaitan dengan program yang ditawarkan di PPSF.
[widgetkit id=107]
- Hits: 1280