School of Physics - Universiti Sains Malaysia

Sukan Antara Pusat Pengajian Sains 2024 (SUKAPPS 2024)

8-9 Jun 2024 - Sukan Antara Pusat Pengajian Sains (SUKAPPS) merupakan program sukan tahunan pusat pengajian sains, Universiti Sains Malaysia (USM). Pada sidang akademik 2023/2024, SUKAPPS telah dianjurkan oleh Persatuan Sains Fizik, USM dengan kolaborasi bersama Persatuan Sains Kimia, Persatuan Sains Matematik, Persatuan Sains Farmasi, Persatuan Sains Kajihayat dan Persatuan Sains Komputer .Sukan yang telah dipertandingkan adalah sukan badminton, futsal, bola tampar dan bola Jaring. Program SUKAPPS telah dilaksanakan secara fizikal pada 8 Jun 2024 bertempat di Stadium Azman Hashim USM dan majlis penutup SUKAPPS di Dewan Pembangunan Siswa 1 pada 9 Jun 2024. Pusat Pengajian Sains fizik telah merangkul 2 pingat emas bagi acara sukan bola jaring dan futsal, 1 pingat perak bagi acara sukan bola tampar lelaki dan 1 pingat gangsa bagi acara sukan bola tampar perempuan. Dengan pungutan 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa, Pusat Pengajian Sains Fizik telah mendapat johan keseluruhan SUKAPPS 2024. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para atlet yang telah mewakili Pusat Pengajian Sains Fizik.

 

DSCN0816

 

DSC05015

 

DSCN0555

 

DSCN0789

The Dean, School of Physics,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang, Malaysia

Tel : 604 653 3200  |  Fax: 604 657 9150  |   Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |