School of Physics - Universiti Sains Malaysia

Lawatan Belajar Geofizik

Lawatan sambil belajar para pelajar Geofizik seramai 12 orang telah dijalankan pada 27 Oktober 2017. Lawatan ke Pejabat Meteorologi Pulau Pinang, Bayan Baru telah diiringi oleh tiga orang staf Pusat Pengajian Sains Fizik iaitu Andy Anderson Bery, Encik Yaakub Othman dan Encik Shahil Ahmad Khosaini. Lawatan ini dijalankan bagi mendedahkan para pelajar Geofizik bagi kursus (ZGE370) mengenai peranan dan menggunaan teknologi yang digunakan di dalam bidang Meteorologi. Pendedahan berguna ini dapat menimbulkan kesedaran akan fungsi dan kepentingan bidang meteorologi kepada masyarakat dan negara secara amnya. Kerjasama dan bantuan daripada pihak Pejabat Meteorologi Pulau Pinang adalah amat dihargai dan ribuan terima kasih diberikan kepada mereka yang terlibat.

[widgetkit id=91]

The Dean, School of Physics,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang, Malaysia

Tel : 604 653 3200  |  Fax: 604 657 9150  |   Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |