School of Physics - Universiti Sains Malaysia

Creative DSLR Photography Workshop - Painting Through The Lens & The Art of Light

Tarikh : 24 - 28 Nov. 2017
Tempat : Bali, Indonesia

Bengkel ini dianjurkan oleh CDH USM, selama 5 hari 4 malam. Seramai 11 Orang peserta dari USM dan UPM yang berkemahiran dengan penggunaan kamera DSLR. Menerusi bengkel ini, peserta diberikan juga ileum dan pengetahuan berlandaskan tips dan teknik bagaimana untuk mencipta kelainan secara kreatif dalam menampilkan hasil seni fotografi masing2. Bengkel ini bukan sekadar mempelajari bagaimana untuk menghasilkan gambar yg terbaik, malah setiap peserta diberikan 10 tugasan untuk di selesaikan dan dijadikan sebagai sebuah pertandingan fotografi. Antaranya adalah Landscape, Color, Light, Culture, Simplification, Motion Architecture, Street/Lifestyle, Portraiture & Travel. Peserta Bengkel dibawa ke beberapa tempat terkenal disekitar Bali seperti, Pandawa, Uluwatu, Tanah Lot, Taman Ayun, Danau Beratan, Monket Forest dan Tegalalang bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Staff pusat pengajian En. Mohd Noor Fakarruddin Abdullah telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan setelah mendominasi 3 Kategori iaitu Light, Simplification & Portraiture Photography. Ini sedikit sebanyak telah menaikkan semangat untuk menghasilkan karya-karya seni fotografi bermutu tingi, indah dan menjadikan number inspirasi kepada sesiapa jua yang mengamati hasil karya tersebut.

Bengkel ini boleh dikatakan berjaya walaupun ada sedikit masalah diakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia, dimana masalah Gunung berapi yg menyebabkan syarikat penerbangan terpaksa membatalkan setiap penerbangan dari Lapangan Terbang Denpasar, Bali. Peserta bengkel dan urussetia terpaksa melencongkan perjalanan menggunakan perjalanan darat ke Surabaya yng mengambil masa 19 jam perjalanan dan berangkat pulang ke Malaysia pada 2hb. Dis 2017 menerusi penerbangan Airasia dari International Airpot Surabaya.

[widgetkit id=94]

 

The Dean, School of Physics,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang, Malaysia

Tel : 604 653 3200  |  Fax: 604 657 9150  |   Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |